Akaun wakafalqurankasih.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Hadiahkan Al Quran Baru Buat Pelajar Tahfiz dan Pusat Pengajian Dengan Berwakaf, Semoga Berpanjangan Pahala Buat Kita.

PERMINTAAAN SI MATI JIKA DIBERI KESEMPATAN KEMBALI KE DUNIA


Pernahkan kita terfikir apakah amalan yang akan dipilih manusia jika diberi peluang untuk kembali ke dunia sebentar setelah mereka melihat hakikat alam akhirat?



Di dalam surah Al-Munafiqun ayat 10 ada menyebut:


“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : 


Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”



Oleh itu janganlah kita menikmati setiap rezeki harta yg kita ada hari ini tanpa berkongsi buat mereka yang memerlukan tuan puan.






BAGAIMANA WAKAF QURAN DIJALANKAN?


Serendah RM 50/sebahagian anda boleh memilih pakej wakaf di ruangan di bawah dan team Kasih Ikhlas akan memproses dan salurkan wakaf Quran anda kepada madrasah-madrasah di seluruh Malaysia.



Lebih 126 madrasah di seluruh Malaysia disasarkan akan menerima naskah Quran baru ini hasil wakaf anda.


Anggaran pelajar yang ditampung bagi sebuah Madrasah adalah 200-400 Pelajar.


InsyaAllah mudah-mudahan dengan wakaf anda, semoga pelajar-pelajar mampu untuk mempunyai senaskah Quran sendiri tanpa berkongsi.


Setiap nama-nama pewakaf akan ditulis di dalam Al-Quran


Pewakaf-Pewakaf Akan Mendapat Sijil  Penghargaan Dari Kasih Ikhlas AAT




Kami doakan selagi mana Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada pelajar tahfiz, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Aamin YRA.



NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:


"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran baru buat pelajar-pelajar tahfiz dan pusat pengajian yang dikelola KAsih Ikhlas AAT”


Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.




Wasap Untuk Bantuan