Akaun wakafalqurankasih.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PROGRAM WAKAF AL-QURAN KASIH IKHLAS ADE AZHAR

SEBUAH PERTUBUHAN BERDAFTAR DIBAWAH NAUNGAN SYARIKAT ADE AZHAR TRADING SDN BHD (SSM 1153243 A)

MISI: 

– MENYAMPAIKAN AL-QURAN PREMIUM 20 KELEBIHAN DALAM 1 YANG BERKUALITI UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK-ANAK TAHFIZ, ASNAF DAN ANAK-ANAK YATIM SELURUH MALAYSIA

VISI: 

 – MEMBUKA PELUANG KEPADA SEMUA UMAT ISLAM UNTUK PERBANYAKKAN SAHAM AKHIRAT MELALUI PROGRAM YANG TELUS INI

INSHA-ALLAH, ASBAB DARI SUMBANGAN WAKAF TUAN/PUAN/DATO’/DATIN INI LAHIRNYA PENGHAFAL AL-QURAN.


Program Wakaf Al-Quran Kasih Ikhlas memberi peluang kepada seluruh umat Islam  untuk
mewakafkan naskhah Al-Quran ke tempat-tempat yang memerlukan di seluruh Malaysia.
Al-Quran yang diwakafkan adalah Al-Quran Oremium Ade Azhar yang sesuai digunakan oleh segenap
lapisan umur.

WAKAF SEKARANG

Anda Infaq Al-Quran dan kami bantu edar dan wakafkan bagi pihak anda, orang yang tersayang
dan arwah keluarga anda kepada pelajar tahfiz, sekolah jenis kebangsaan dan mereka yang memerlukan.


KELEBIHAN BERWAKAF

Allah SWT telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu

agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi

sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT

yang bermaksud:


Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah
seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula
terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Allah SWT berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan  atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan  orang-orang yang bertakwa.”

Rasulullah SAW sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud :

Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

HIKMAH IBADAH WAKAF

  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
  • Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
  • Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syiar Islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah.
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH INI?

TIDAK TAHU
Tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai untuk berwakaf

RISAU TIDAK SAMPAI
Nak menderma tetapi risau tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya

TIADA MASA
Tiada masa nak membeli Al-Quran dan mencari tempat untuk edaran

SEMUA MASALAH TERSEBUT SELESAI BERSAMA PROGRAM WAKAF AL-QURAN
KASIH IKHLAS AAT
Program Wakaf Al-Quran Kasih Ikhlas merupakan platform untuk memudahkan anda membuat
sumbangan wakaf ke seluruh negara. Melalui platform ini, anda tidak perlu lagi risau
sumbangan anda tidak sampai kepada penerima dan memudahkan proses sumbangan wakaf
anda dengan cepat dan mudah.

SETIAP AL-QURAN YANG DIWAKAFKAN AKAN DISERAHKAN KEPADA SETIAP SEORANG PELAJAR.

“AL-QURAN YANG DITERIMA MENGUKIR SENYUMAN YANG TIDAK MAMPU DIFAHAMI OLEH GOLONGAN SERBA CUKUP.”

JOM WAQAF AL-QURAN SEKARANG

“TAKKAN BERKURANG HARTA DENGAN SEDEKAH”

(RIWAYAT MUSLIM: 2588)

ANTARA PROGRAM PENYAMPAIAN AMANAH SUMBANGAN WAKAF

NAMA-NAMA PEWAKAF AKAN DITAMPAL DIHELAIAN KHAS QURAN YANG DIWAKAFKAN DAN INSHA-ALLAH ANAK-ANAK NI AKAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN PEWAKAF-PEWAKAF TERSEBUT SETIAP KALI QURAN TU DIBACA DAN DIGUNAKAN UNTUK MEREKA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA.

 

Anda Juga Akan Dapat Sijil Penghargaan Dari Kasih Ikhlas AAT


KAMI MENDOAKAN SEMOGA SUMBANGAN WAKAF TUAN/PUAN/DATO’/DATIN DITERIMA DISISI ALLAH S.W.T & SENTIASA MENDAPAT KEBAIKKAN & KEBERKATAN SELAGI MANA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.

 MARI SAMA-SAMA BANTU ANAK-ANAK INI MILIKI QURAN BERKUALITI   

BOLEH ISI 10 NAMA SESIAPA SAHAJA SAMADA DIRI SENDIRI, IBU AYAH (MASIH HIDUP ATAU MENINGGAL DUNIA), KENALAN DAN JUGA SAHABAT HANDAI.

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI & DAN DITERIMA DISISI ALLAH SWT DAN MENJADI ASBAB KEBAIKAN.







Wasap Untuk Bantuan